GEORGE TOWN : Tujuh warisan kebudayaan tidak ketara termasuk seni persembahan boria diisytihar sebagai Warisan Negeri Pulau Pinang di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 sempena Majlis Pengisytiharan Warisan Negeri Kali Kedua Tahun 2026, hari ini.
Selain boria, enam lagi warisan kebudayaan tidak ketara lain yang tersenarai adalah Perayaan Teong Guan Phor Thor, Ghazal Parti, Bangsawan Pulau Pinang, Silat Pelaga: Siku 12, Dondang Sayang Pulau Pinang dan Dialek Hokkien Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, pengisytiharan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk terus memelihara seni persembahan tradisional yang menjadi sebahagian daripada identiti serta khazanah budaya Pulau Pinang untuk diwarisi generasi akan datang.








