KANGAR: Negeri Perlis dan Wilayah Tashkent di Uzbekistan berpotensi memperluas kerjasama strategik dalam sektor pelancongan dan pertanian, menerusi perkongsian kepakaran serta pemanfaatan tarikan dan sumber ekonomi kedua-dua kawasan berkenaan.
Istana Arau dalam kenyataan hari ini memaklumkan Gabenor Wilayah Tashkent, Zoyir Mirzayev menyifatkan hubungan baik terjalin dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, sebagai asas penting untuk terus memperkukuh hubungan dan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Menurut kenyataan itu Istana Arau memaklumkan dalam sektor pertanian, kedua-dua pihak sudah mula meneroka potensi penanaman kenaf termasuk kemungkinan memperluas lagi projek berkenaan di Tashkent.








