KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita utama negara, S Sivasangari hanya memerlukan 33 minit untuk menempah tiket ke suku akhir Terbuka Mesir 2026 selepas menundukkan pemain Belgium, Nele Gilis dengan kemenangan straight set di Giza, hari ini.

Pilihan keempat kejohanan itu tampil dominan untuk mengetepikan pemain nombor 12 dunia berkenaan 11-5, 11-6, 11-8 dalam aksi pusingan ketiga.

Kemenangan itu bukan sahaja membawa Sivasangari ke kelompok lapan terbaik, malah melanjutkan rekod cemerlangnya ke atas Gilis dengan mencatat kemenangan keempat berturut-turut ke atas pemain Belgium itu.

Rentetan kemenangan Sivasangari ke atas Gilis bermula pada Terbuka Klasik Qatar 2025 sebelum diteruskan pada Terbuka Windy City dan Terbuka Australia, masing-masing tahun ini.