KULAI: Jemaah umrah yang sepatutnya berangkat ke tanah suci har ini reda apabila penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ke Jeddah, Arab Saudi, dijadualkan semula susulan isu keselamatan di negara berkenaan.
Tinjauan di LTAS mendapati tiada jemaah yang hadir kerana sudah dimaklumkan lebih awal mengenai penjadualan semula penerbangan berkenaan.
Jemaah umrah, Umieynoratiqah Abdullah, 27, dari Johor Bahru, berkata beliau dimaklumkan mengenai pembatalan penerbangan oleh agensi pelancongan kira-kira jam 10.40 pagi semalam.
"Saya sepatutnya berangkat bersama suami dan kakak bagi menunaikan umrah hari ini, namun hajat kami belum kesampaian apabila dimaklumkan mengenai penjadualan semula penebangan ke Jeddah.









