KUALA LUMPUR: Pegawai kanan agensi kerajaan dan pengarah syarikat direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM15,000 sebagai balasan mendapatkan kerja pembekalan di agensi berkenaan.
Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an itu dikeluarkan oleh Majistret Aliaa Anwar di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.
Kedua-dua suspek direman sehingga Isnin ini selepas permohonan dikemuka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mereka ditahan kira-kira jam 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.








