Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan dan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM15,000.
Sogokan tersebut dipercayai sebagai balasan bagi mendapatkan kerja-kerja pembekalan di agensi kerajaan berkenaan.
Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 19 Oktober terhadap kedua-dua suspek lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret Aliaa Anwar, selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.
Difahamkan, kedua-dua suspek yang berumur lingkungan 50-an dan 60-an itu ditahan pada 2 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2F101f2f46828676a44d47cb8b70ff3060.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

