Suspek direman tujuh hari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu terdiri pegawai kanan agensi kerajaan dan seorang pengarah syarikat kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM15,000.
Sumber berkata, rasuah itu sebagai balasan mendapatkan kerja pembekalan di agensi kerajaan tersebut.
Katanya, perintah reman selama tujuh hari hingga 19 Okt terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.
“Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 dan 60-an ditahan kira-kira 2 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.








