PETALING JAYA: Dua kertas siasatan dibuka polis berhubung dakwaan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima RM350,000 daripada seorang individu pada 13 November 2017 dan hantaran yang ditularkan di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam menerima benda yang berharga dengan tiada balasan daripada orang yang ada kena mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu.

“Jika disabitkan kesalahan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.</spa