Johor Bahru: Cubaan seorang pemandu warga Malaysia menyeludup rokok ke Singapura dengan menyembunyikannya dalam tayar kenderaannya terbongkar apabila lebih 980 peket rokok ditemukan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 26 September lalu.
Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan selepas Pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) mengarahkan kenderaan berdaftar di Malaysia yang dipandunya itu menjalani pemeriksaan lebih teliti.
ICA memaklumkan, penggeledahan kemudiannya menemukan rokok berkenaan yang disembunyikan dalam tayar kenderaan itu.
Pemandu terbabit bersama barang kes yang dirampas kemudiannya diserahkan kepada pihak Kastam Singapura untuk siasatan lanjut.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAyeshaSheikMazrul3_325027.png&w=480&output=webp&q=85&we)