SUNGAI GOLOK, THAILAND – Seorang pemuda rakyat Malaysia ditahan semalam selepas dipercayai cuba menyeludup pelbagai jenis dadah termasuk ekstasi dari bandar ini ke Kelantan.

Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an diberkas pada pukul 10.30 malam ketika berada di dalam kereta berdekatan sebuah hotel di sini.

Lelaki itu disyaki membawa sebanyak 20 biji pil ekstasi, 760 biji pil psikotropik dan sembilan gram ketamin.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati, suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Kelantan dan memperoleh bekalan daripada sindiket di Sungai Golok.