KOTA BHARU – Projek Empangan Lebir bagi menangani masalah banjir dan bekalan air bersih serta pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Kota Bharu pada Disember ini menjadi antara tumpuan pembangunan Kelantan menerusi Belanjawan 2027 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri menyambut baik peruntukan Belanjawan 2027, khususnya inisiatif pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini.

Katanya, perancangan Projek Empangan Lebir dilihat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani masalah banjir dan memastikan bekalan air bersih di Kelantan.

“Usaha itu turut dilengkapi penyiapan fasa kedua Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok serta pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai dan Loji