Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan melakukan perbincangan lanjut mengenai masa depan ketua jurulatih interim skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bersama Harimau Malaya.

Presiden FAM, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan perkara itu akan dibincangkan secara bersama dalam Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bolasepak Kebangsaan serta Jawatankuasa Eksekutif FAM.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Bolasepak Kebangsaan memaklumkan keputusan mengenai kedudukan Cheng Hoe seterusnya akan diputuskan selepas semua perbincangan itu selesai.

"Kami akan duduk bersama dan berbincang nanti (mengenai kedudukan Cheng Hoe). Saya pun tak jumpa beliau (Cheng Hoe) lagi sejak balik daripada Jakarta.