Kuala Lumpur: Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dianugerahkan 'Influential Leaders of Asia 2026' oleh Team Marksmen Network, sekali gus menambah satu lagi pengiktirafan antarabangsa dalam perjalanan kepimpinannya.

Pengiktirafan ini diberikan kepada pemimpin yang menyerlah dalam aspek kepimpinan, inovasi dan transformasi serta memberikan impak berterusan merentasi pelbagai sektor.

Sebelum penyampaian anugerah, Irmohizam turut menyampaikan ucaptama bertajuk 'The New Asian Playbook: Leading Through Uncertainty, Winning Through Purpose' berkait pandangannya berkenaan bagaimana pemimpin boleh memacu perniagaan supaya terus relevan dalam menghadapi perubahan semasa.