ALOR SETAR: Dua beranak yang merupakan pengarah dan pengarah urusan syarikat Taavekun Manufacturing Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu dalam permohonan tender baja, Januari lalu.

Tertuduh, Muhammad Fadzil Md. Fadzilah, 30, dan bapanya, Md. Fadzilah Ariffin, 66, membuat pengakuan itu selepas empat pertuduhan terhadap mereka dibacakan berasingan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan pertama, Muhammad Fadzil sebagai pengarah syarikat didakwa memberi dokumen berkaitan data kewangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembuka Tender di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang mengandungi pernyataan palsu tentang butiran matan, dengan niat hendak memperdaya.