KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd (PetChem) melantik Izwan Ismail sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 1 Januari 2027.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pengeluar petrokimia itu memaklumkan pelantikan berkenaan diluluskan dalam mesyuarat khas yang diadakan hari ini.
Lembaga pengarah dalam mesyuarat itu mengambil maklum peletakan jawatan Mazuin Ismail sebagai MD dan CEO berkuat kuasa pada tarikh yang sama susulan persaraannya daripada Kumpulan Petronas, menurut syarikat itu dalam satu makluman berasingan.
PetChem memaklumkan, Izwan, 51, berpengalaman lebih 29 tahun yang merangkumi kewangan, perancangan korporat, strategi, pengurusan komersial, operasi dan teknologi.






