PM Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mula perencanaan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang bagi masalah banjir, bekalan air bersih di Kelantan. (Gambar EPA Images)

KUALA LUMPUR: Masalah banjir dan bekalan air bersih di Kelantan akan ditangani menerusi perancangan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Kerajaan akan memulakan perencanaan Projek Empangan Lebir sebagai penyelesaian jangka panjang. Serentak itu, pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Machang dan penggantian paip uzur yang sedang berjalan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, kerajaan memperuntukkan RM100 juta bagi menangani risiko banjir kilat di Lembah Klang menerusi pembangunan kolam takungan dan penyelenggaraan sungai.