PUTRAJAYA: Peningkatan nilai kontrak projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, antara lain disebabkan penyesuaian skop berdasarkan keperluan teknikal dan keadaan semasa sepanjang pelaksanaan projek.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ketika mengulas teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2/20026 semalam, menjelaskan penyesuaian projek itu termasuk naik taraf Jalan KESBAN mengikut piawaian Jalan Persekutuan.
"Selain itu, naik taraf struktur alur limpah, pembinaan jambatan serta penyelarasan reka bentuk rumah pam.
"Penyesuaian skop dan reka bentuk dilaksanakan bagi memastikan infrastruktur memenuhi keperluan fungsi, keselamatan dan ketahanan jangka panjang, termasuk mengambil kira risiko cuaca ekstrem dan perubahan iklim.









