KUALA LUMPUR: Penanda aras gaji kehidupan wajar kira-kira RM3,100 wajar diberi perhatian, khususnya susulan tekanan kos sara hidup yang semakin dirasai belia yang baru memasuki alam pekerjaan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, berkata angka berkenaan perlu dibezakan daripada kadar gaji minimum dan tidak bermaksud kerajaan perlu terus menetapkannya sebagai gaji minimum kepada semua majikan.

Sebaliknya, beliau berkata, RM3,100 boleh dijadikan penanda aras serta aspirasi bagi memastikan pendapatan rakyat secara berperingkat bergerak ke arah tahap kehidupan yang lebih baik.

"Bagi MBM, kita mahu melihat pendekatan yang seimbang. Di satu pihak, kita tidak boleh mengabaikan tekanan kos sara hidup dan keperluan belia untuk memperoleh pendapatan munasabah.