am@hmetro.com.my
SUNGAI PETANI: Seramai 14 suspek termasuk dua remaja bawah umur ditahan polis di sekitar kawasan Gurun untuk membantu siasatan berhubung kejadian bunuh membabitkan seorang lelaki di tepi semak, Jalan Harvard, semalam.
Semua ditahan berusia antara 16 hingga 24 tahun itu direman antara lima dan enam hari untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Fazlina Musa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, daripada jumlah semua yang ditahan, 12 suspek direman enam hari manakala dua lagi di bawah umur pula direman lima hari untuk membantu siasatan.








