am@hmetro.com.my

Sungai Petani: Seramai 14 suspek termasuk dua remaja bawah umur ditahan polis di sekitar Gurun bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki yang mayatnya ditemui di tepi semak Jalan Harvard, semalam.

Semua mereka yang ditahan berusia antara 16 hingga 24 tahun itu direman lima dan enam hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Fazlina Musa di Mahkamah Majistret di sini selepas membenarkan permohonan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, 12 suspek direman enam hari manakala dua lagi suspek bawah umur direman lima hari.