PETALING JAYA: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan maklumat atau gambar membabitkan mangsa dan suspek kes bunuh di sebuah sekolah di Yong Peng semalam memandangkan mereka masih di bawah umur.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, larangan itu termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.
“Perkara seumpama ini susah untuk dikawal tetapi kita kena jangan sebarkan maklumat yang belum disahkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya, laporan awal bedah siasat kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun itu telah diperoleh.
“Setakat ini tiada individu lain ditahan, kita masih lengkapkan siasatan berkenaan,” jelasnya. – UTUSAN







/file/1326/a36ec992e7106f2d294033389b03f61e.jpeg)
