KUALA LUMPUR: Pelanggan CelcomDigi Bhd kini boleh menikmati sambungan dengan lebih mudah dan mampu milik ketika berada di luar negara menerusi pas perantauan yang diperbaharui, daripada serendah RM10.

Ditawarkan kepada semua pelanggan CelcomDigi tanpa memerlukan komitmen minimum pelan prabayar atau pascabayar, pas perantauan yang diperbaharui ini menyediakan pilihan yang lebih jelas bagi kedua-dua pelan, sekali gus memudahkan pelanggan memilih pas yang paling sesuai dengan keperluan dan bajet perjalanan mereka.

Selaras dengan komitmen CelcomDigi untuk memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar, pas perantauan baharu ini kini tersedia di sehingga 95 destinasi seluruh dunia melalui rangkaian mudah alih terkemuka.