BRASILIA – Pihak pendakwa raya memfailkan saman yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap anak syarikat gergasi minyak Shell di Brazil, menuntut pampasan AS$108 juta (RM441.2 juta) berkaitan banjir dahsyat pada tahun 2024.
Hujan lebat mencetuskan banjir bersejarah di selatan Brazil pada April dan Mei tahun berkenaan, menyebabkan hampir 200 orang terkorban dengan 500,000 lagi hilang tempat tinggal selain kemusnahan besar yang berlaku.
Menurut saman tersebut, liabiliti Shell sepatutnya sepadan dengan sumbangannya terhadap pemanasan global yang dianggarkan sebanyak dua peratus daripada pelepasan gas rumah hijau dunia.
“Saman sivil ini bertujuan untuk meletakkan tanggungjawab ke atas syarikat defendan, d









