KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta membabitkan syarikat penyedia perkhidmatan elektronik, My EG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata siasatan itu dimulakan susulan satu laporan polis yang diterima pada 7 Oktober lalu berkaitan transaksi kewangan hasil kerajaan melibatkan kedua-dua syarikat di bawah Kumpulan MyEG itu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
"Setakat ini, enam saksi telah diambil keterangan bagi membantu siasatan dan beberapa individu lain akan dipanggil dalam masa terdekat.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAyeshaSheikMazrul3_325027.png&w=480&output=webp&q=85&we)
