Kuala Lumpur: Penyelidikan dan inovasi dalam industri sawit perlu diperkukuh bagi meningkatkan produktiviti ladang, mengurangkan kehilangan hasil serta menambah pendapatan pekebun kecil.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, potensi sawit dalam empat sektor utama iaitu makanan, makanan ternakan, gentian dan bahan api perlu dimanfaatkan sepenuhnya menerusi pembangunan teknologi serta produk bernilai tambah.
Oleh itu, katanya, penyelidikan berterusan penting bagi mengenal pasti kaedah yang lebih berkesan untuk meningkatkan hasil, mengoptimumkan penggunaan sumber dan menangani cabaran yang dihadapi industri.
"Bahan tanaman yang ditambah baik dapat membantu meningkatkan hasil, manakala penyelidikan berkaitan tanah dan kesihatan tanaman membolehkan pengusaha menggunakan sumber dengan lebih berkesan.









