KANGAR: Pencapaian Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) sepanjang tahun lalu mencerminkan perkembangan positif dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan menerusi peluasan kolaborasi strategik, pengiktirafan kepakaran serta penghasilan penyelidikan yang memberi manfaat kepada institusi dan masyarakat.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Canselor UniSIRAJ, bertitah antara pencapaian utama universiti itu ialah pelaksanaan lapan kolaborasi penyelidikan antarabangsa dan empat kolaborasi strategik di peringkat kebangsaan.

"Lapan kolaborasi penyelidikan antarabangsa itu khususnya melibatkan universiti di Indonesia, termasuk Universitas Muhammadiyah Makassar (UNISMUH) serta institusi pengajian tinggi di Palopo dan Tangerang.