LONDON: Arsenal kembali menemui rentak kemenangan selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Leeds United 2-1, manakala Chelsea menamatkan kemarau kemenangan liga dengan membelasah Bournemouth 5-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.
Kemenangan itu cukup bermakna buat skuad kendalian Mikel Arteta selepas dikejutkan Brighton 0-3 sebelum rehat antarabangsa, namun mereka sekali lagi berdepan detik cemas apabila James Justin meletakkan Leeds di depan pada minit ke-55.
Pertahanan Arsenal gagal mengeluarkan hantaran lintang Gabriel Gudmundsson, sekali gus memberi ruang kepada Justin menghukum tuan rumah sebelum Riccardo Calafiori menyamakan kedudukan menerusi tandukan Ben White yang disudahkan dari jarak dekat pada minit ke-62.








