Kuala Lumpur: Malaysia muncul naib juara Kejohanan Badminton Berpasukan Remaja Dunia 2026 selepas tewas 1-2 kepada China pada aksi final di Stadium Antarabangsa Kaherah, Mesir, hari ini.

Walaupun gagal merangkul gelaran juara, skuad muda negara wajar diberikan pujian atas kempen cemerlang mereka, sekali gus menamatkan penantian untuk kembali ke pentas final kejohanan itu sejak edisi 2017 di Yogyakarta, Indonesia.

Dalam perlawanan menggunakan format relay 55 mata, China memenangi pusingan pertama 55-46 sebelum Malaysia bangkit untuk memenangi pusingan kedua 55-53, sekali gus mengheret perlawanan ke pusingan penentuan.

China menguasai pusingan pertama menerusi kemenangan perseorangan wanita apabila Yi Qing Yin menewaskan Saidatul Saadiah Muhammad 11-5 sebelum Jing Yu Luo mengatasi