UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) tampil unggul apabila menguasai tiga daripada empat kategori dipertandingkan dalam Varsity Sepaktakraw League Grand Final 2026 di Akademi Sepaktakraw Malaysia, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu.UPM mencipta kejayaan menerusi acara beregu, regu premier selain kuadran yang merupakan kategori baharu diperkenalkan dalam kejohanan tersebut.Pencapaian itu sekali gus membolehkan UPM dinobatkan sebagai juara keseluruhan Varsity Sepaktakraw League Grand Final.Ketua jurulatih UPM, Mohd Hafizie Manap berkata, kejayaan tersebut sebagai hasil komitmen tinggi pemain yang berjaya mengharungi tekanan serta mengekalkan keserasian antara setiap regu."Alhamdulillah. Bagi saya, kemenangan kali ini sama seperti tahun lepas apabila kami sekurang-kurangnya memenangi dua kategori."Tetapi kali ini kami berjaya memenangi tiga kategori termasuk kategori baharu iaitu kuadran. Jadi, kami memang turun dalam semua kategori dan pemain memberikan komitmen yang sangat baik."Mereka berjaya mengatasi tekanan, bermain dengan baik serta menunjukkan kombinasi yang mantap antara pemain. Itu antara kunci kejayaan kami hari ini," katanya.Lebih manis buat Hafizie apabila beliau turut dipilih sebagai jurulatih terbaik kejohanan.Bagaimanapun, beliau enggan menganggap pengiktirafan itu sebagai kejayaan peribadi sebaliknya menyifatkannya sebagai hasil kerja keras seluruh pasukan."Kalau ikutkan saya pun tidak sangka tahun ini rezeki untuk menerima anugerah jurulatih terbaik."Tetapi, sebenarnya ini kejayaan semua, bukan saya seorang sahaja. Kejayaan ini datang daripada komitmen pemain, barisan kejurulatihan dan semua yang terlibat dengan pasukan," katanya.Sementara itu, kategori regu elite menjadi milik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala kategori jemputan dimenangi MSSM A.SENARAI PEMENANG GRAND FINAL VSL 2026Kategori JemputanKetiga: MASKOVNaib Johan: MSSM BJohan: MSSM AKategori Regu ElitKeempat: KK MAS AKetiga: UTM ANaib Johan: POLITEKNIK AJohan: UKMKategori BereguKeempat: UMKKetiga: UITMNaib Johan: UTEMJohan: UPMKategori KuadranKeempat: UPSIKetiga: UITMNaib Johan: POLITEKNIKJohan: UPMKategori Regu PremierKeempat: UITM BKetiga: UITM ANaib Johan: UPM AJohan: UPM B
UPM 'sapu' tiga kategori, muncul juara keseluruhan VSL
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian UPM 'sapu' tiga kategori, muncul juara keseluruhan VSL (this story)







/file/attachments/orphans/968a9ecda9e5dbc8b64c552848fe5d59_306243.jpg)