sukan@hmetro.com.my
Nagoya: Jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang menepati jangkaan apabila merangkul pingat emas keirin di Sukan Asia Aichi-Nagoya, hari ini, 16 tahun selepas memenangi emas pertamanya di temasya Sukan Asia.
Azizulhasni mempamerkan pengalamannya apabila memintas pelumba China, Li Zhiwei di garisan penamat untuk memastikan kemenangan.
Xie Han dari China menduduki tempat ketiga manakala rakan sepasukan Azizulhasni, Shah Firdaus Sahrom berada di tempat kelima dalam final di Velodrom Izu, Shizuoka.
Ia adalah pingat emas ketiga Azizulhasni dalam kariernya di Sukan Asia selepas muncul juara acara pecut individu lelaki di Indonesia 2018 dan memenangi emas keirin di Guangzhou 2010.






