PETALING JAYA: Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) mendaftarkan institusi itu dalam sistem QS Rankings tahun ini sebagai sebahagian usaha memperkukuh reputasi, keterlihatan dan daya saing di peringkat antarabangsa.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga canselor UniSIRAJ bertitah penyertaan itu satu pencapaian penting yang mencerminkan kesiapsiagaan universiti milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk dinilai berdasarkan indikator prestasi universiti di peringkat global.






/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/05/1a66d3850cbb3dfd4efb86cbcab051ba.jpg)
