SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengambil langkah segera bagi memperkemas pengurusan trafik, perkhidmatan ulang-alik dan pergerakan penonton susulan cabaran yang dihadapi sebahagian peminat yang menyaksikan Grand Prix Formula 1 (F1) Bahrain ketika keluar dari litar, semalam.
Dalam kenyataan media, hari ini, SIC berkata, pengalaman serta keselamatan peminat kekal menjadi keutamaan sepanjang penganjuran acara berkenaan.
“SIC menyedari cabaran yang dihadapi sebahagian peminat ketika melakukan perjalanan pergi dan balik dari litar semalam, khususnya ketika tempoh kepulangan pada sebelah petang.
“Kami bekerjasama rapat dengan rakan pengangkutan serta pihak berkuasa berkaitan bagi memperkukuh pengurusan trafik, perkhidmatan ulang-alik dan kawalan pergerakan orang ramai,” menurut kenyataan itu, hari ini.








