KUALA LUMPUR: Kesesakan pengunjung yang meninggalkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas acara perlumbaan hari pertama Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam, berlarutan hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) apabila orang ramai terpaksa beratur panjang untuk menaiki Express Rail Link (ERL).
Rakaman dikongsikan dalam media sosial memaparkan barisan penumpang memenuhi ruang tingkat dua KLIA2, dipercayai terdiri daripada sebahagian pengunjung yang mahu meneruskan perjalanan pulang selepas meninggalkan SIC.
View on Threads
Seorang pengguna Threads, @ishvinderjitsingh, mendakwa bahawa beliau bertolak dari SIC kira-kira jam 7 malam tetapi hanya tiba di KLIA2 sekitar jam 9.30 malam.










