KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu segera memuktamadkan pelantikan ketua jurulatih tetap Harimau Malaya bagi memastikan perancangan lebih rapi dapat dilakukan dalam menghadapi cabaran getir kalendar antarabangsa tahun depan, terutama saingan Kelayakan Piala Dunia 2030.

Pemerhati sukan tempatan, Mohd Sadek Mustaffa berkata, skuad kebangsaan tidak boleh terus bergantung kepada khidmat pengendali interim kerana pasukan memerlukan hala tuju dan perancangan jangka panjang yang lebih jelas.

Menurutnya, dua aksi persahabatan antarabangsa menentang China dan Yaman di China baru-baru ini memperlihatkan Harimau Malaya masih memiliki potensi untuk terus berkembang meskipun tidak dibarisi skuad terbaik.