Tokyo: Jepun dilaporkan akan mewujudkan rangkaian di seluruh rantau Asia Pasifik bagi menggalakkan pembangunan sistem amaran awal untuk memperkukuh perlindungan daripada kejadian cuaca ekstrem dan bencana alam, lapor Bloomberg.
Menteri Alam Sekitar Jepun, Hiroyoshi Sasagawa berkata, rangkaian itu akan berkongsi pengetahuan dan kepakaran dalam memperkenalkan serta mengendalikan sistem amaran awal, selain menggalakkan pelaksanaannya secara berkesan.
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP31) di Antalya, Turkiye, pada Selasa.
Keperluan meningkatkan keupayaan sistem amaran awal itu dikenal pasti susulan beberapa kejadian bencana baru-baru ini, termasuk banjir dahsyat pada Ogos berhampiran sempadan Nepal-China yang mengorbankan lebih 1,400 orang serta memusnahkan bandar, pos sempadan dan loji janakuasa hidroelektrik.






