SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu membenarkan permohonan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dibatalkan pelantikannya untuk menarik balik keseluruhan tindakan saman pemula yang difailkan terhadap tiga defendan termasuk kerajaan negeri.Ia turut membabitkan permohonan di bawah bidang kuasa asal di Mahkamah Persekutuan dengan syarat tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.Hakim Mahkamah Tinggi, Roz Mawar Rozain membuat keputusan berkenaan ketika prosiding pengurusan kes yang berlangsung secara sidang video.Beliau turut memerintahkan plaintif membayar kos seperti yang dipersetujui bersama pihak defendan, iaitu RM20,000 masing-masing kepada defendan pertama dan kedua (Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri Sembilan) serta RM8,000 kepada defendan ketiga (Dewan Keadilan dan Undang).Terdahulu, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili kesemua plaintif memaklumkan kepada mahkamah bahawa penarikan balik tindakan itu dibuat susulan perkembangan semasa, termasuk peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan yang turut memberi kesan kepada kedudukan keseluruhan Exco.ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Lasim letak jawatan Menteri Besar Negeri SembilanBN kemuka satu nama calon MB Negeri Sembilan - Ahmad ZahidPeletakan jawatan MB Negeri Sembilan perlu perkenan Tuanku Muhriz -IstanaExco Negeri Sembilan umum Tuanku Muhriz diturunkan takhta, iktiraf Tuanku NadzaruddinTindakan Exco Negeri Sembilan umum penurunan takhta Tuanku Muhriz perbuatan derhaka - AminuddinExco Kerajaan Negeri Sembilan tidak boleh atasi UUTKNS - Undang Luak Rembau[KRONOLOGI] Kemelut takhta Negeri SembilanHafarizam turut memohon supaya penarikan balik berkenaan direkodkan sebagai perintah mahkamah bagi tujuan merekodkan penamatan prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan.Bagaimanapun, Roz Mawar mempersoalkan status peletakan jawatan Menteri Besar yang difahamkan masih belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Hafarizam berkata, beliau sememangnya berpendapat prosiding itu wajar ditangguhkan sementara menunggu perkenan Tuanku, namun cadangan tersebut mendapat bantahan daripada pihak defendan.Peguam, Cyrus Das yang mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, pihaknya bersetuju dengan penarikan balik saman tersebut dengan syarat ia dibuat tanpa kebebasan untuk memfailkan semula, termasuk melalui semakan kehakiman.Beliau turut memaklumkan persetujuan berhubung kos yang perlu dibayar plaintif kepada pihak defendan serta memohon supaya penarikan balik berkenaan direkodkan sebagai perintah mahkamah.Peguam, Datuk Steven Thiru yang mewakili defendan ketiga iaitu Dewan Keadilan dan Undang (DKU) turut mengesahkan persetujuan pihaknya terhadap penarikan balik tindakan berkenaan.Roz Mawar sebelum membuat keputusan berkata, mahkamah tidak menghalang mana-mana pihak yang ingin menarik balik tindakan yang difailkan, namun pihak yang memulakan prosiding perlu bertanggungjawab terhadap tindakan terbabit.Menurutnya, se
10 Exco tarik balik kes saman pemula, diarah bayar ganti rugi

Key takeaways
10 Exco membatalkan saman pemula dan diarah bayar ganti rugi kepada tiga defendan.
- Mahkamah Tinggi benarkan 10 Exco tarik balik saman pemula.
- Exco diarah bayar ganti rugi RM20,000 kepada dua defendan dan RM8,000 kepada yang ketiga.
- Pembatalan saman disebabkan perkembangan semasa termasuk peletakan jawatan Menteri Besar.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SYAMILAH ZULKIFLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) 10 bekas exco N Sembilan tarik balik saman pemula cabar batal pelantikan
- Free Malaysia Today Bekas exco dipecat tarik balik saman kerajaan N Sembilan
- Utusan Malaysia 10 bekas Exco Negeri Sembilan tarik balik saman
- Sinar Harian 10 Exco tarik balik kes saman pemula, diarah bayar ganti rugi (this story)







