MELAKA - Seorang lelaki Nepal berdepan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun atas pertuduhan membunuh teman wanita di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah di sini, Jun lalu.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Tamang Bal Bahadur, 43, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Afiqah Radhiah Zainurin di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Rabu.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan sehingga mengakibatkan kematian wanita berkenaan yang juga warganagera Nepal.Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik hotel di Jalan Munshi Abdullah, antara jam 11.50 malam pada 27 Jun hingga 4.23 pagi, 28 Jun lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati.Difahamkan, kejadian didakwa berpunca daripada isu hutang mengsa dengan tertuduh dianggarkan berjumlah RM8,000.Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani memohon tarikh baharu untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.Mahkamah menetapkan 21 Disember depan untuk laporan bedah siasat dan tiada jaminan dibenarkan kepada tertuduh.
Lelaki Nepal didakwa bunuh teman wanita berdepan penjara 30 tahun

Key takeaways
Seorang lelaki Nepal didakwa membunuh teman wanitanya di sebuah hotel dan mungkin dihukum penjara 30 hingga 40 tahun.
- Tertuduh, Tamang Bal Bahadur, 43, tidak membuat pengakuan di mahkamah.
- Kesalahan dilakukan di bilik hotel antara 27 dan 28 Jun lalu.
- Hukuman yang mungkin diterima ialah penjara 30 hingga 40 tahun atau hukuman mati.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian 3 termasuk lelaki dan rakan wanita didakwa edar syabu
- Berita Harian Penganggur didakwa bunuh pemandu teksi
- Sinar Harian Lelaki Nepal didakwa bunuh teman wanita berdepan penjara 30 tahun (this story)







