BATU PAHAT: Pasangan kekasih antara tiga individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat 5,224.40 gram di daerah ini dan Muar, bulan lalu.

Tertuduh, Kartik Thiruselvam, 34, teman wanitanya, Mahadiva Ramesh, 25, serta seorang lagi lelaki, Noorman Ahmad, 42, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh memandangkan kesalahan mengedar dadah itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Kartik dan Mahadiva didakwa bersama-sama mengedar methamphetamine seberat 2,090.70 gram (g) di parkir pasar raya di Taman Flora Utama, di sini, pada jam 7 malam, 27 Oktober lalu.