Kuala Lumpur: Aliran trafik jajaran lebuh raya utama negara dilaporkan mula bergerak perlahan petang ini berikutan pertambahan bilangan kenderaan.
Ia berikutan warga kota pulang ke kampung halaman masing-masing sempena perayaan Deepavali.
Berdasarkan pemantauan litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS), kenderaan bertali arus dan keadaan sesak sebaik keluar dari pintu gerbang ibu kota.
Bagi laluan menghala ke utara, kesesakan dilaporkan berlaku dari kawasan Damansara dan Kota Damansara menuju ke Sungai Buloh.






