KUALA LUMPUR: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan 3.28 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya utama negara pada hari-hari puncak bersempena dengan sambutan perayaan Hari Deepavali pada 8 November ini.

Peningkatan jumlah trafik khususnya bagi pergerakan menuju ke pantai timur, utara, dan selatan dijangka bermula seawal hari ini.

Selaras dengan pengumuman Kerajaan, pengguna lebuh raya bakal menikmati inisiatif pemberian diskaun tol dalam lingkungan 50 peratus.

Daripada unjuran 3.28 juta kenderaan itu, lebuh raya Kumpulan PLUS dijangka merekodkan kadar trafik tertinggi dengan 2.24 juta kenderaan.