London: Pelbagai usaha dilakukan Stephanie Young untuk mendapatkan semula kucing kesayangan yang dinamakan Buddy hilang dari halaman rumahnya pada September tahun lalu.
BBC melaporkan, harapan Young kembali menyala apabila seorang wanita bernama Melissa menghantar gambar didakwa menunjukkan Buddy.
Wanita itu mendakwa telah memberi makan kepada kucing itu dan turut meminta wang ganjaran.
Pengasuh angkat haiwan dari Birmingham itu '100 peratus pasti' dia telah menemui kucingnya.








