Cardiff, Wales: Pakar berjaya memecahkan kod empat huruf untuk membuka mangga purba daripada sebuah kapal karam di luar pantai Wales menggunakan teknologi imbasan moden, lapor BBC.

Mangga tembaga berusia 400 tahun itu ditemui oleh pengesan logam, Peter Hughes, di dalam pasir berhampiran Margam di Port Talbot pada 1999.

Mangga itu sebahagian daripada khazanah lebih besar daripada kapal Ann Francis, yang dilanda ribut pada 28 Disember 1583 ketika dalam perjalanan pulang dari Sepanyol. Muatan kapal itu tertimbus di bawah pasir selama berabad.

Pakar muzium menggunakan imbasan CT untuk meneliti mekanisme dalaman mangga, mengenal pasti kombinasi huruf yang betul dan menyelesaikan misteri itu.