KUALA LUMPUR: Pelantikan selaku Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi penggal 2025-29 jelas memberi dimensi baharu dan berbeza buat Naib Presiden 1 Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Rosmadi Ismail.

Rosmadi adalah salah seorang daripada empat individu baharu yang mengisi kepimpinan badan pengelola Liga Malaysia (Liga M) itu termasuk EXCO FAM, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Kamarudin Hassan serta bekas Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram.

Rosmadi menjelaskan beliau akan memanfaatkan segala pengalaman yang dimiliki selama berkecimpung dalam arena bola sepak tempatan dalam misi untuk mengangkat Liga M ke tahap yang lebih tinggi.

"Selepas saya sudah lama bersama dengan FAM, akhirnya saya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah MFL dan saya amat gembira keran saya boleh belajar lebih mendalam lagi berkenaan dengan pengurusan bola sepak tempatan