PETALING JAYA: Pengalaman, jaringan hubungan serta komitmen terhadap pembangunan bola sepak menjadi antara sandaran Datuk Zuraidi Rahim dalam usaha menawarkan kepimpinan baharu kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).
Zuraidi dilihat membawa aspirasi untuk memperkukuh hala tuju bola sepak Kedah menerusi pendekatan yang lebih tersusun, khususnya dalam aspek pembangunan akar umbi, pengurusan persatuan dan kebajikan pemain.
Beliau turut mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pelbagai program serta acara bola sepak, termasuk perlawanan nostalgia yang menghimpunkan bekas pemain Kedah dan Singapura.
“Usaha membangunkan bola sepak negeri tidak boleh bergantung kepada satu pihak sahaja, sebaliknya memerlukan kesepakatan semua pihak berkepentingan bagi memastikan perancangan dapat dilaksanakan secara berterusan,” katanya.









