PUTRAJAYA- Akses pekerjaan bersyarat menerusi Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) hanya diberikan kepada pelarian yang layak dan telah berada di negara ini sebelum 1 Januari 2023, bukannya sebagai laluan kemasukan kepada pelarian baharu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, pelaksanaan program itu bukan bertujuan membolehkan pelarian menetap secara kekal, memperoleh status Penduduk Tetap (PR) atau mendapatkan kewarganegaraan Malaysia.
“Sebarang akses pekerjaan yang diberikan kepada pemegang DPP adalah bersifat sementara, terhad dan tertakluk kepada syarat serta kelulusan Kerajaan.










