SUBANG JAYA - Taktik memproses ayam menggunakan kaedah rendaman air panas sehingga mati sebelum disembelih terbongkar dalam serbuan sebuah gudang di Puchong di sini pada Jumaat.Serbuan menerusi Op Taring Chiller kira-kira jam 12.40 tengah malam itu membawa kepada penahanan 12 lelaki warga asing serta rampasan 6,555 kilogram (kg) ayam mentah yang dianggarkan bernilai RM85,400.Komander Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan dipercayai dijadikan lokasi penyembelihan, pemprosesan dan pengedaran ayam segar tanpa sijil halal yang sah."Hasil pemeriksaan mendapati ayam berkenaan dipercayai melalui proses rendaman air panas sehingga mati sebelum proses penyembelihan dilakukan."Kaedah ini menimbulkan keraguan serius terhadap pematuhan hukum syarak dan status halal produk berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, kesemua 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan yang ditahan dipercayai bekerja dalam aktiviti penyembelihan serta pemprosesan ayam di premis terbabit.Katanya, pemeriksaan lanjut turut menemukan 468 bungkusan plastik berisi ayam mentah dengan anggaran berat keseluruhan 6,555kg."Siasatan awal mendapati premis berkenaan dipercayai telah menjalankan kegiatan itu untuk tempoh yang panjang dengan bekalan ayam diperoleh daripada beberapa ladang sekitar Sungai Sepat, Sungai Pelek dan Sepang."Bekalan ayam yang diproses kemudian dipercayai diedarkan kepada pelanggan termasuk kedai makan, kedai runcit dan pasar raya di sekitar Damansara, Bangi, Puchong, Cheras, Putra Perdana serta Putrajaya," katanya.Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti keseluruhan rangkaian pembekalan dan pengedaran, termasuk jumlah sebenar ayam yang diproses setiap hari serta pihak lain yang terbabit."JAIS mengambil tindakan mengikut Seksyen 3(1)(a) dan Seksyen 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011."JAS Selangor turut mengeluarkan notis penahanan kelengkapan operasi mengikut Seksyen 38(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, manakala Pejabat Kesihatan Daerah Petaling mengeluarkan notis pembersihan susulan ketidakpatuhan aspek kebersihan dan pengendalian makanan," katanya.Ujarnya, pihak polis mengambil tindakan terhadap kesemua 12 individu berkenaan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963."Kesemua ayam mentah yang dirampas ditempatkan sementara di pejabat JAIS di Shah Alam untuk tindakan lanjut," katanya.Mohd Zaki berkata, pihaknya memandang serius sebarang kegiatan yang melibatkan penipuan dan ketidakpatuhan dalam rantaian bekalan makanan."Khususnya perkara yang boleh menje
Rendam ayam dalam air panas hingga mati sebelum sembelih

Key takeaways
Sebuah gudang di Puchong dirampas oleh pihak berkuasa kerana menggunakan kaedah rendaman air panas untuk membunuh ayam sebelum disembelih.
- Serbuan Op Taring Chiller menahan 12 lelaki warga asing dan merampas 6,555kg ayam mentah.
- Kaedah rendaman air panas menyebabkan keraguan terhadap status halal ayam tersebut.
- Premis itu dipercayai digunakan untuk penyembelihan dan pemprosesan ayam tanpa sijil halal yang sah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Cedera atau mati dibunuh? LFL sekolahkan Bukit Aman dalam kes Noorizwan
- Free Malaysia Today Ayam direndam air panas sampai mati, sembelihan 6.5 tan dirampas
- Sinar Harian Rendam ayam dalam air panas hingga mati sebelum sembelih (this story)









