SHAH ALAM – Pas diharap dapat mengikut langkah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Perkara itu disuarakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim, selepas Syed Saddiq, enam Ahli Parlimen Bersatu dan enam Ahli Parlimen Bebas menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan Kerajaan Madani pada Khamis.Menurut Zaid, meskipun Muhyiddin dan Syed Saddiq pernah mengkritik Anwar sebelum ini, kedua-duanya kini didakwa menyedari bahawa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpotensi mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Tahniah kepada Muhyiddin dan Syed Saddiq kerana menyokong Anwar. Tindakan menyokong ‘pemenang’ adalah keputusan yang bijak."Saya berharap parti saya sendiri (Pas) boleh sertai dan sokong Anwar juga. Tetapi, Pas lebih memilih ‘anak murid’ (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berbanding ‘guru’ (Anwar)."Tak perlu fikir panjang, guru sememangnya sentiasa menjadi pilihan berbanding anak murid," katanya menerusi hantaran di Facebook.Sebelum ini, dilaporkan bahawa seramai 13 Ahli Parlimen terdiri daripada Syed Saddiq, enam Ahli Parlimen Bersatu dan enam Ahli Parlimen Bebas bersetuju menyokong pentadbiran Kerajaan Madani sehingga tamat penggal Parlimen semasa, termasuk menyokong Belanjawan 2027.Menerusi pemeteraian CSA yang berlangsung di Parlimen, kesemua Ahli Parlimen terbabit turut menggesa pelaksanaan reformasi institusi serta pemberian peruntukan pembangunan kawasan yang setara dengan Ahli Parlimen kerajaan.
CSA Kerajaan Madani: Zaid harap Pas ikut jejak Muhyiddin, Syed Saddiq sokong Anwar

Key takeaways
Zaid menggesa Pas menyokong Anwar seperti Muhyiddin dan Syed Saddiq yang sudah menyertai Kerajaan Madani.
- Zaid mengakui tindakan Muhyiddin dan Syed Saddiq menyokong Anwar adalah bijak.
- Pas lebih memilih Ahmad Zahid berbanding Anwar, menurut Zaid.
- 13 Ahli Parlimen termasuk Syed Saddiq menyokong Kerajaan Madani hingga tamat penggal.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini How does Madani-Bersatu CSA benefit Anwar?
- Utusan Malaysia Zaid harap Pas ikut jejak Muhyiddin, Syed Saddiq sokong Anwar
- Malaysiakini (BM) Bagaimana CSA Madani-Bersatu memberi keuntungan kepada Anwar?
- Sinar Harian CSA Kerajaan Madani: Zaid harap Pas ikut jejak Muhyiddin, Syed Saddiq sokong Anwar (this story)







