PUTRAJAYA - Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) tidak terbatas kepada 13 Ahli Parlimen yang telah menandatanganinya, sebaliknya terbuka kepada mana-mana ahli Parlimen yang berhasrat untuk mengadakan perbincangan serta memeterai perjanjian berkenaan.Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pemeteraian CSA antara kerajaan dengan Parti Bersatu serta Ahli-Ahli Parlimen Bebas dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan ia adalah perkembangan positif terhadap kestabilan politik negara."Ini merupakan satu perkembangan yang positif terhadap kestabilan politik negara serta mencerminkan semangat kebersamaan dalam melaksanakan beberapa usaha reformasi institusi."Tindakan menandatangani MoU (perjanjian persefahaman) ataupun CSA ini tidak terbatas kepada 13 orang Ahli Parlimen ini sahaja dan terbuka kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berhasrat untuk datang, berbincang dan menandatangani CSA... jadi, pintu perbincangan itu kekal terbuka," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini.Menyentuh mengenai mekanisme CSA, Fahmi berkata, kerajaan melihat pendekatan penilaian bersama seperti yang pernah dilaksanakan dalam CSA 2021 hingga 2022 sebagai antara kaedah yang boleh dipertimbangkan."Kalau kita lihat pada mekanisme yang dibangunkan sewaktu CSA tahun 2021 hingga 2022, memang ada penilaian bersama daripada kedua-dua pihak untuk mengesahkan perkara-perkara yang telah dijanjikan itu dilaksanakan… jadi, kita lihat itu mungkin satu cara untuk kita laksanakan sama seperti apa yang pernah kita saksikan dahulu," katanya.Fahmi juga berkata, kerajaan berhasrat untuk melaksanakan setiap perkara yang dipersetujui dalam CSA terutama aspek penting melibatkan reformasi institusi."Jadi, kita harap dengan sokongan padu yang telah diterima, ini akan dapat kita laksanakan," katanya.Semalam, kerajaan memeterai CSA dengan enam Ahli Parlimen Bersatu diketuai Presiden Parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tujuh lagi termasuk Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan CSA, yang ditandatangani Kerajaan Madani bersama dengan Parti Bersatu dan beberapa ahli Parlimen pembangkang menjadi landasan penting dalam usaha memperkukuh kestabilan politik tanah air.Anwar berkata, pemeteraian perjanjian itu bertujuan memastikan kelangsungan urusan pentadbiran kerajaan selain memberikan ruang kepada agenda pembangunan negara termasuk Belanjawan 2027 dilaksanakan secara berkesan demi kepentingan rakyat. - Bernama
CSA terbuka kepada semua ahli Parlimen - Fahmi

Key takeaways
Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) terbuka kepada semua ahli Parlimen, bukan hanya 13 yang telah menandatanganinya, dan kerajaan berhasrat melaksanakan reformasi institusi melalui CSA.
- CSA dibuka kepada mana-mana ahli Parlimen yang mahu berbincang dan menandatangani.
- Kerajaan merujuk mekanisme penilaian bersama CSA 2021‑2022 sebagai contoh.
- CSA dianggap sebagai langkah positif untuk kestabilan politik dan reformasi institusi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- BERNAMA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian CSA terbuka kepada semua ahli Parlimen - Fahmi (this story)
- Free Malaysia Today CSA terbuka kepada semua Ahli Parlimen








