KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga emas maut selepas dilanggar sebuah bas ketika melintas di Jalan Masjid Abidin berhampiran laluan masuk Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini tengah hari Jumaat.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa Mat Ghani Mamat, 77, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.Beliau berkata, pihak polis menerima laporan daripada orang ramai yang memaklumkan kemalangan melibatkan pejalan kaki itu dengan sebuah bas pada jam 12.28 tengah hari."Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila pemandu bas yang datang dari Besut sedang bergerak membelok masuk ke laluan terminal bas telah terlanggar mangsa yang tiba-tiba keluar dari kiri ke kanan jalan."Jarak yang sangat dekat menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak dan melanggar pejalan kaki berkenaan. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian," katanya.Azli berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Warga emas maut dilanggar bas

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 77 tahun maut dilanggar bas di Kuala Terengganu semasa melintas jalan.
- Mangsa Mat Ghani Mamat meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
- Kemalangan berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di Jalan Masjid Abidin.
- Pemandu bas tidak sempat mengelak selepas mangsa tiba-tiba keluar dari kiri ke kanan jalan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- BERNAMA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Warga emas maut terperangkap dalam kereta dihanyut banjir
- Berita Harian Warga emas maut digilis bas ketika melintas
- Sinar Harian Warga emas maut dilanggar bas (this story)









