Rembau: Warga emas yang maut selepas terperangkap di dalam kereta dan dihanyutkan banjir dekat Kampung Kundur Hulu, di sini, malam tadi dipercayai dalam perjalanan ke masjid.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Ngiam Ooi Ming berkata, pihaknya menerima maklumat sebuah kereta terbalik dan tenggelam dalam banjir pada 8.50 malam.
"Maklumat diterima juga memaklumkan terdapat mangsa yang terperangkap dalam kereta itu di kawasan semak di tepi Jalan Dato' Abd Samad, Kampung Kundur Hulu, Pedas.
"Pada jam 8.55 pihak polis bersama pihak bomba sampai di tempat kejadian dan pihak bomba membuat kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa seorang lelaki berusia 74 tahun," katanya dalam kenyataan.








